Sunday, November 16, 2008

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=264&Itemid=91




Laman web ini membicarakan dengan jelas berhubung perkara yang mengubah ciptaan Allah. Dalam web ini membincangkan berkaitan hukum bedah plastik, botox, susuk dan pemakaian ‘braces’ iaitu pendakap gigi.Laman web ini dikatakan amat jelas kerana membincangkan sesuatu perkara itu beserta dengan contoh yang memudahkan seseorang yang membacanya untuk memahami. Laman web ini dengan jelas menyatakan bahawa isu Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis. Hal ini telah dibincangkan dan difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox.
Laman web ini juga memberi penjelasan berkenaan sebab utama botox dikatakan haram pada pandangan syariah kerana:-
a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat"
b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman Allah dalam ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' .

2 comments:

david santos said...

Excellent work!!!
Nice card!!! Congratulations!!!
Have a nice week!!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

DA UM OLHADA NO MEU BLOG!!!